♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

The Power of Istighfar

As-salam.

Suka untuk aku kongsi sedikit kegembiraan milik aku baru-baru ini.
Tanpa sangka, di kala airmata peneman tidur malam, moody berhari-hari, migraine memikir samada mampukah diserap ke tempat idaman aku itu, jawapannya tiba di kala paling tak tersangkakan.

Syukur Alhamdulillah.

Di kala aku mula redho untuk cuba alternatif lain di tempat lain, Allah jawab doa aku dengan memakbulkan doa yang saban hari aku pohon.
Tapi apa yang paling hendak aku kongsikan, kuasa istighfar.

Baru-baru ini ada aku baca buku hadiah dari Ibu, "Taubatlah, Sebelum Terlewat" keluarann Synergy Media.
Penulis ada memetik tentang khasiat istighfar.
Dahulu, nabi Muhammad SAW sering menerima aduan pelbagai masalah dari rakyatnya.
Hampir kebanyakan jawapan untuk masalah itu semua, baik dari masalah sukar mengandung, perniagaan tak berjaya hingga ke pendapatan, semuanya nabi SAW jawab dengan satu solusi, iaitu ISTIGHFAR.

"Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu. Sungguh, Dia maha pengampun. Nescaya dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mmengadakan kebun-kebun untukmu, dann mengadakan sunngai-sungai untukmu." (Surah Nuh : 10-12)

Penulis menjelaskan lanjut tentang bagaimana kaitannya memohon ampun dengan limpahan rezeki.
Sesungguhnya dengan beristighfar (memohon ampun) , Allah akan membuka lembaran baru untuk hambanya.
Lalu, In Sha Allah dengan terampunnya urusan yang terhutang dengan Allah, terbukalah lembaran rezeki di langit untuk hamba yang memohon ampun.

Aku amalkan istighfar dalam harian aku namun semakin kerap aku gandakan bacaannya semenjak seminggu lalu. Disertakan dengan solat hajat tambahan demi hasrat yang memang aku mahu.
Alhamdulillah, Allah turunkan rezeki bahagian aku.

Cubalah. In Sha Allah, ada bahagian rezeki kita masing-masing tertulis di Luh Mahfuz.
Cuma perlu usaha untuk terlaksana..
Tanpa meminta, bagaimana hendak dilaksana bukan?

No comments:

Post a Comment