♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Ayah & Ibu

Assalamualaikum ahli syurga sekalian (In Sha Allah)
Hihi.
Tahu apa favorite aku sekarang?
Rindukan ayah & ibu.
Jumaat bebaru ni aku balik rumah ibu bapa kandung nun (since belum ada mertua)

Well aku kan baru 5 hari being apart from them sejak hampir dua bulan cuti sem kat rumah.
So aku selidik la samada dorang rindu tak blablabla
Ayah je mengaku rasa sunyi aku takde.
Ibu ego sikit. hihi tapi cara dia layan aku tahu dia rindu.
Ayah tentera sebenarnya, tapi Ibu yang amalkan ego ketenteraan tu.
Ayah macam askar jambu gicheww. Hihi

Alkisahnya aku teringin makan nasi briyani
Aku pun kabor dekat ayah.
But then kedai yang ayah bawak tu baru je habis nasi briyani.
Hence, ayah ajak keluar dr situ and exploring another mamak.
Masuk yang next, takde jugak, dan kitorang keluar, round naik kereta for another mamaks.
It goes on and on sampai dah 5 mamaks we ols pergi.
"Ayah, dah la tu, lapar dah ni. Tayah briyani pun takpe leww"
'Mana boleh. Nanti kau terliur pulak'
Dan aku pun yakinkan ayah untuk just having the naan cheese tepi jalan kat Sungai Besi tu.

Dalam bas, aku terkenang-kenang apa ayah buat sebelum hantar aku ke TBS tu.
Aneh.

Ibu pulak, tadi usai aku siap dinner dengan #SF kesayangan,
Dalam perjalanan kami beramai-ramai pulang ke reban, ibu called.
Rindu lettew.
Sebab tak bermotif sangat panggilan tadi. Haha

"Ya Allah, aku doakan, supaya Kau panjangkan usia kedua orang tuaku. Jangan biar mereka pergi sebelum aku. Sebab aku tak sanggup, untuk rasa tanpa mereka. Mereka terbaik, dan aku terlalu sayangkan mereka. Mohon apa sakit ayah kau alihkan ke aku. Biar dia sihat, dia gembira. Amin"

Rindu.
Baru genap 24 jam aku tiba di bumi bersejarah ini.
Tapi aku, RINDU sangat.
Wallah.

*kesat airmata*

No comments:

Post a Comment