♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Apa?

Tipulah tak rindu nak makan sama, sambil bahan dia gemuk, bahan aku gemuk
Tipulah tak rindu nak tengok depan-depan, counting jerawats
Tipulah tak rindu nak have that talk face to face biar dia faham ekspresi aku cerita panjang-panjang
Tipu tak rindu

Tapi tu harapan besar sangat.

Cukuplah setakat sekarang harapan biasa
Tipulah tak rindu that good morning text and goodnight wish before sleep
Tipulah tak rindu ada orang pesan "naik bas elok-elok,jaga diri"
Tipulah tak rindu bergayut lama having that talk mengadu kawan buat taik
Tipulah tak pingin orang tanya khabar memandangkan sakit pun dah 2 minggu tak habis lagi ni

Tipu sungguh kalau kata tak rindu semua tu.

Tapi siapa yang boleh tolong pun?
Saban hari gelak ketawa macam perempuan normal padahal dalam hati tertahan tahan teringin spend time sama sama bila tengok kawan dengan pasangan masing masing.
Sebulan.
Lama sangat dah.
Kalau aku punya kereta, lama dah aku jejak, takpayah susah tumpang-tumpang rumah kawan sana

Rindu, melimpah sangat dah.

Harap sabar ini berbaloi.
Harap kita ada jodoh yang panjang dan bertemu akhir nanti.
Harap kalau kita berjodoh, kita jadi lagi manis dari yang paling manis semua.
Harap apa pahit aku telan sekarang, jadi manis kelak.
Amin.

No comments:

Post a Comment