Perempuan itu, dah terlalu selalu sakit.
Terlalu sakit tapi diminta untuk mengerti situasi.
Perempuan itu dah jadi kaku
Dah layu perasaan memberontak-nya
Dah terlalu redha dengan permintaan sang kekasih
Perempuan itu redha dalam mahu saki baki perhatian
Kalau tak dicari, dia diam.
Kalau rindu, dia cari pula.
Kalau dicari dan pasangan-nya tiada, dia faham (perlu faham situasi)
Kalau tak faham, lama pula ditinggal nanti. Makin rindu, teruk
Tipu kalau dia tak cemburu rakannya yang long distance relationship juga,
Sibuk tangan menggenggam telefon tanpa lepas sekejap pun
Tapi sedih, pathetic habis.
Dalam redha dia, rupanya bukan dia sorang dalam hati si kekasih
Masih terkenang kisah lalu
Bertuah kau gadis bernama M, kau bertuah
Kau masih di hati sang kekasih,
Sedangkan si gadis yang menunggu, takpernah dapat penghormatan setinggi kamu
Si gadis rasa tak lebih dari kekasih yang tersorok.
Patutlah.
Ya, mungkin si gadis cuma pengganti, pengisi kosong, bukan siapa-siapa
Tabahlah kau gadis.
Tabah. Kau tak beriman setinggi si M. Manakan dapat kau tandingi dia.
Sudahlah gadis, sudah.
Biar dia pergi dengan gadis yang lagi awal bertakhta di hati dia daripada engkau.
Biar dia pergi dengan gadis sealim dia
"Baklah, aku akan bawa diri" gadis pun pergi.
"Apa nak aku jawab pada orang keliling? Dulu aku paling punya kekasih manis.
Dulu kekasih aku paling banyak korban. Dulu kekasih aku paling setia" bisik hati gadis.
Jawapannya apa?
"Kau cuma simen yang menutup lubang di dinding, wahai gadis. M itu gadis alim yang memang konkrit dalam hati sang kekasihmu. Ingat, kau cuma menutup lubang kesunyian hati dia"
Ahhhhhhhhhhhhhhh!
*kabur pandangan sepanjang menaip ini. Celaka! Kasihan kau gadis.*
No comments:
Post a Comment