♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Bukit Bintang
5.30 Petang

Aku ini, sedang bekerja sebagai part timer di segitiga emas kotaraya Kuala Lumpur.
Bagi mengisi waktu lapang cuti semester sekalian aku nak mengumpul.
Plan asal, aku mahu kerja sekadar cukupkan duit nak tangkap iPod idaman hati.
Alang-alang maybe aku dapat extra, aku teruskan sebab nak punyai savings.
Hati aku dah penuh pandangan masa depan,
Aku nak berkahwin sejurus aku layak dan aku nak permudahkan urusan itu dari sekarang.
In Sha Allah...

Dan tadi aku guna break hour sejam tu untuk berjalan.
Aku tak lapar. Selera seakan mati.
Kini aku kerap jana hari siang aku dengan nescafe setin.
Itu saja. Dan bila mula rasa lemah, aku jamah sedikit kuih muih petang di tempat kerja.

Dalam sesi berjalan, aku ternampak satu drama
Aku lalu along Fahrenheit '88, melepasi Sephora dan aku masuk Sephora,
Sekadar belek warna make-up terbaru.
Aku peminat tegar eye-liner, semata-mata.
Aku bukan gadis kaki touch up, malah aku tak simpan compact powder dalam handbag.

Maaf, terlarut leka taksub cerita pasal diri. Haha
Jadi, drama tadi....
Gadis merajuk, mencebik muka sebab Jejaka-nya tak mahu belikan entah apa dia mahu
Gadis bilang "I mintak tu je kot. Sampai hati you"
Jejaka pujuk begini "I belum gaji, sayang. I saving ni kan nak pergi merisik you"
Gadis sambung mencebik.
Sekadar di kerat itu aku sempat dengar sebab aku sekadar melewati, bukan melawati mereka

Jadi bagi aku, jangan Gadis!
Jangan merajuk sekadar Jejaka takmahu penuhi nafsu material-mu.
Ingat, kau bertuah dia punyai niat nak merisik-mu
Kau bertuah dia masih di sisimu, dia masih boleh dipercayai
Sekurangnya bila dia mulakan langkah untuk ke depan, apa omongan dia,
Kau bisa percaya.
Dia benar, ikhlas mahukan kamu. Lihat cara dia pujuk?

Bersyukur Gadis!
Jejaka-mu sayang engkau.
Jejaka-mu cuma mahu engkau.
Kau belum lagi tahu apa Gadis Gadis lain tempuh,
Jangan mencebik, sebab material. Jangan!

No comments:

Post a Comment