♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Satu malam, sejuta pelajaran

Malam ini sendu.
Malam ini tak bertopeng.
Ia buka hijab aku, kenal manusia sebenar di sebalik yang bernyawa berdiri keliling aku
Malam ini, pelajaran aku ada sejuta macam.
Tapi aku tak penat, tak letih otak belajar yang ini
Cuma mata aku bengkak, badan aku panas

Ibu kata,
"Bila hati terlebih dependency dengan manusia, kita akan kecewa. Sebab yang seharusnya kita sandarkan rasa dependant itu ialah Allah SWT. Bila manusia tiada masa kau perlu bergantung, kau frust macam ni"

Dan, kena tamparan kuat
"Bukan semua orang ada masa nak melayan kerenah awak"
Oh ini. Okay. Betul? Terima kasih. Sekurangnya bila kau timbul, sempit miskin mana pun aku luang masa untuk engkau.

Manja.
Aku ini manja benar katanya.
Betul! Sebab bila orang-orang yang aku sayang keliling aku punya masalah, aku manjakan mereka.
Kawan-kawan, ingat? Bila kaurang hulur tajuk masalah, aku cuba seada mampu bagi solusi A-Z.
Kalian perlu apa? Borang apa? Putus harapan nak capai apa diimpi? Aku di sebelah.
Manja benar kalian aku layan bukan?
Dengan harapan, bila aku punya trouble, aku dimanjakan juga oleh mereka ini.
Hampagas. Aku dituduh MANJA dengan nada paling sinis.

Tak apalah pun.
Sekurangnya malam ini seorang sadiqati @ ukhti beri aku sedikit sisi.
Yang menampakkan aku pernah berguna untuk orang lain
Katanya
"Sebelum aku kenal kau, Pika, aku taktahu pun yang friendship akan jadi something yang penting dalam hidup aku"
Aku ubah point of view manusia yang anggap hidup ini perlu satu. Diri sendiri saja.
Alhamdulillah.

Nasib baik. Aku ingat hidup aku penuh tinggalan sisa menyampah orang sahaja.
Rupanya ada cebis benih positif aku tanam juga.

Tak apa, aku takkan ubah cara aku.
Aku akan tetap tabur manja aku pada semua di keliling.
Aku akan bantu kalian semanja habis. Walau tak dihargai.
Biar nanti aku PERGI, ada baki budi orang peduli.
Biar nanti aku PERGI, harap kalian terasa betapa perlu orang yang MANJA dan MEMANJAKAN macam aku.
Biar nanti aku PERGI, KAU carilah pengganti yang bukan manja, tahu jaga diri sendiri malah lebih pentingkan diri sendiri dari kisah nak menjaga kau, hati dan jasmani.
Sebab aku ini, tak reti. Nak lebihkan diri sendiri.
Sebab aku ini, terlalu peduli orang orang yang aku sayang penuh hati--

No comments:

Post a Comment