♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Ijazah Sarjana Muda dan rindu

Alhamdulillah, rezeki Allah limpahkan untuk sambut tuntut ilmu.
Kali ini Degree.
So far, seminggu aku di tengah bandar tu, macam-macam ujian aku lalui.
Terasa payah benar hidup di tempat orang.
Tak ada kereta, tak ada cukup masa dalam minggu pertama.
Dah terbiasa hidup selesa 5 bulan di rumah.
Dulu di Lendu pun aku ada si buah hati yang selalu bagi support.
Dia tunjang kekuatan aku. Dia selalu ada idea nak elak aku jatuh.
Alhamdulillah aku dapat ditemukan dengan lelaki yang cukup elok sifatnya.
Alhamdulillah dia dari keluarga baik-baik.
Sekarang aku dekat seberang, dia di satu hujung lain
Berat rasa. Aku rindu dia. Ya Allah, sangat!
Kadang, ujian seminggu pertama alam degree ni teruk betul.
Jumaat baru ini, aku hampir pengsan dalam tengah crowd di KL Sentral.
Gagahkan juga sampai ke Damai LRT, ayah sempat hantar ke hospital.
Kata doctor, muscle contraction yang lead to period kerap datang dan sakit,
Mungkin akan jadi penyebab darah tinggi. Kena cautious.
Tiba-tiba aku teringat Arwah Toko, kawan yang pernah aku cerita dulu.
Bertuah arwah. Orang baik selalu pergi dulu. Sebab Allah sayang.
Allah tak mahu mereka lalui ujian maha dahsyat atas muka bumi ini.
Aku bukan budak baik. Allah beri banyak masa untuk aku taubat dan syukuri apa aku punya sekarang.
Aku harap, degree ni aku tak alpa lagi.
Ya Allah, aku mohon kuatkan aku? Dulu aku pernah jadi gadis kuat tu.
Sekarang aku taktahu mana hilang aku yang itu. Dia hilang :'(

No comments:

Post a Comment