♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Dalam Kenangan, Allahyarhamah Noratika Amran

Salam takziah untuk keluarga sahabat seperjuangan aku di alam diploma, Allahyarhamah Noratika bt Amran, atau ramai kenal dia sebagai Toko. Arwah meninggal dunia pada 30 Ogos 2012 lebih kurang pada waktu tengahari. Meninggal dunia dalam kemalangan lepas motornya dirempuh kereta dari belakang. Sahabat aku pergi menemui Illahi dalam keadaan mudah, sangat mudah. Allah permudahkan segalanya untuk dia :')

Approximately dalam pukul 1 lebih aku dapat khabar kematiannya, aku dengan Wawan cuba sepantas mungkin untuk tiba di Rembau, rumah arwah untuk menziarah jenazah, kereta dipandu oleh Abah Wawan. Kami masing masing bersedih, risau tumpuan driving entah ke mana, Abah ikut, terima kasih Abah :)

Dalam pukul 5 lebih we reached Surau IPD rumah arwah, dalam pukul 6 jenazah sampai rumah, siap kafan dan mandi selepas post mortem di Hospital Seremban. Dalam 6.30 bawa jenazah ke surau untuk solat jenazah dan terus bawa ke kubur untuk kebumikan. By 7.45 jenazah siap dikebumikan. Senang kan? Tak bertangguh. Flow post mortem punya procedure pun cepat je.

Arwah memang baik, ketawa memanjang, kadang-kadang marah pun bukan bawak lama mana. Sekejap dah okay. Bak kata kawan kami, Jambang @ Nabilah Mustapa "Arwah pergi dalam keadaan taatkan Allah". Ramai pun yang sedar fakta tu rasanya.

Arwah kedua dari kanan :')
Ni gambar terakhir aku dengan arwah. Kali terakhir aku jumpa dia, salam dia, peluk dia :) Masa pertengahan bulan puasa baru ni, kami semua ke Melaka untuk urusan clearance hal-hal diploma dulu.

Peach Cobbler made by Wawan :)
Sebelum gerak ke Melaka, aku ada minta Wawan buatkan peach cobbler. Rezeki kitorang berbuka di Seoul Garden Mahkota Parade, peach cobbler simpan untuk lepak tepi pantai Klebang. Itulah malam terakhir aku berborak dengan arwah Toko. Baru aku teringat lain benar aku rapat dengan dia malam tu. Aku duduk berhimpit dekat riba dia sbb nak bercerita. Khusyuk dia dengar cerita sambil kitorang mengulang makan peach cobbler Wawan. Tak sangka tu malam terakhir aku dengan arwah. Baru sangat lagi.
Dalam kenangan :) (The Most Right)
Tapi aku terkilan terkenang nasib kawan-kawan yang further degree Islamic Banking kat Segamat. Diorang sepatutnya sama-sama serumah sewa dengan arwah. Tapi takpelah, arwah pun dipanggil dulu sebab Allah sayang dia. Allah tak mahu dia terus diuji kat dunia ni. Kawan-kawan, korang have to be strong tau! Nabilah Mustapa, jangan menangis. Awak kena kuat! Kita semua sayang arwah. Kita semua tahu arwah dulu kuat, dia tak lembik. Mesti dia takmau tengok awak menangis.

Untuk mak arwah, saya doakan makcik kuat. Saya dapat rasa makcik kehilangan seorang anak yang sangat baik waktu makcik peluk saya dan meraung tu. Saya takdapat buat apa selain tenangkan makcik dan ingatkan yang arwah budak baik, sangat baik. Dia kawan yang baik, pandai dan tak sombong. Kami semua doakan makcik kuat. In Sha Allah kalau ada kemampuan, kami datang melawat makcik :)

P/s : Sama-sama kita doakan roh Arwah Noratika Amran diletakkan di kalangan insan soleh solehah. Semoga Allah memberi ganjaran untuk dia yang pernah membantu kami dalam pelajaran, pernah memberi senyuman dan pernah bahagiakan hari-hari kami sahabatnya di UiTM Lendu :')

No comments:

Post a Comment