♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Life as it is...

As-Salam,

Well have you people ever realised? Sometimes we are just too busy.
Sibuk dengan segala hal duniawi sampai kita lupa apa yang kita miliki.
Sampai lupa mensyukuri nikmat yang Allah bagi.
Aku pun begitu, terlalu sibuk kisahkan kesusahpayahan sementara.
Sedangkan aku lupa Dia(Allah SWT) bagi aku bahagia yang setara :)

Ya, Alhamdulillah aku bahagia, dengan ada keluarga, ada si dia, dan ada rakan semua.
Alhamdulillah :)
Syukur Alhamdulillah dia dengan aku sepanjang susah senang. Harap sentiasa ada untuk masa depan juga.
What's good about him is that masa aku meroyan sebab penat sangat pun dia tahan je. hihihi
Terima kasih Semua! Kalian gadisgadis paling aku cinta :)
Sekarang musim ujianNya. Tambah lagi event besar-besaran ni.
Paling terasa disedut, dah tentu duitlah.
Tak cukup tu, kami perlukan LEBIH duit.
Maka kederat pun dikerah nak hasilkan lebih duit. Semua hasil kerjasama.
Ini untuk selesa semua juga.
Alhamdulillah macam-macam we ols tempuh dah. Hampir give-up, penyakit datang.
Hampir bermasam muka satu sama lain.
Dalam sengkek poket memasing, diaorang si Housemates 1096 dan 1097 tu, adakan jugak kek mahal segedabak ni untuk aku :')
Aku dah pesan, kita tengah sempit, takpayah celebrate bagai. Tapi tulah, dah tua tapi degil susah.
Tapi aku sayang kauorangs. Malam tu aku terharu sorang-sorang sebelum tidur. Kaurang mana tahu :')

Paling kita harus bersyukur, bila kita punya masa senggang, kita sebenarnya kaya.
Sebab aku dah alami masa padat, serasa diri ni miskin habis.
Habis telefon pintar kesayangan pun tak aku usik. Membazir jugak rasanya BIS untuk seminggu.
Hihi
Dengan hadiah ankel Najib iaitu voucher buku 200 tu, aku nak mulakan resolusi tahun 2012.

Niatnya nak jadi lebih optimis dan tenang.
Bermula dengan hasil nukilan ini,

Black Cab Wisdom
Nak jadi orang yang berakal kena mula hadamkan benda yang berakal dulu.
Itu first step into transforming the whole self. 
Harap ini bukan cerita separa nafas... Amin.