Campur aduk dengan pelbagai manusia,
Kawan dengan semua budaya,
Lepak dengan semua jenis jiwa,
Macam-macam aku jumpa.
Ada yang bilang aku tak tetap pegangan,
Ada yang bilang aku hipokrasi,
Masuk semua kawan sebab takut sunyi,
Sedangkan memang lumrahnya,
Aku tak paksa mereka terima,
Cuma aku tak menjengkelkan macam kau, dan dia.
HEH !
Lagi apa lagi yang tak aku telan?
Mulut celaka manusia lebih busuk dari longkang,
Tapi dasarnya, AKU KISAH KE?
Bila aku tak kisah orang mula pijak kepala.
Manusia cakap semua, sebab mereka bodoh buta,
Mereka cemburu buta,
Mereka dengki buta,
Sebab mereka memang bodoh cemburu dengki buta.
Kisahnya, nak hidup kalau difikir mulut orang,
Tak sempat seminit kau bernafas, mati tenggelam.
Kisahnya kalau semua hati nak sentap,
Jangan kau bergaul dengan orang.
Dan si manusia pun, bila dah berbaik,
Kau jangan tahu ada masa senang sahaja,
Kenang zaman susah kau, siapa yang ada,
Ada kau di sisi dia masa dia susah?
Kalau tak ada, wajiblah untuk kau rasa malu.
p/s Bacalah. Kenang balik. Tak mustahil aku tulis ini untuk kau, kau dan kau juga, "KAWAN". Kemungkinan ada selalu :)
No comments:
Post a Comment