♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Separuh terbang tinggal

Hilang
Kau takkan pernah dapat merungkai artinya
Separuh darimu hilang, bukan mudah
Jika bertahun ditelan untuk terbina teguh,
namun dalam dua detik
Ia roboh, punah begitu sahaja
Persetankan hal hati

Kenapa kau bina?
kenapa kau kejut aku dari dosa silam?
Kalau semudah ini akhir jalannya
Celaka sungguh dunia ini
Kejamnya hakikat duniawi tak kenal maksud kasihan

Kau bimbing separuh jalan,
dan kau tinggal tepi sisa jiwa itu
Habis, kelam semua
Aku dalam gelap, kini
Jatuh, malah jatuh jauh lebih jahil dari jahil asalku
Tertampar muka ini dek gelaktawa
Suara sial bumi bertanya bukan dulu dunia bagai aku si empunya?

Tapi akhirannya aku tergoncang,
Kini sedar semua tamat buat jiwa ini
TUHAN, ambil jiwa penuh dosa ini
Tamatkan riwayatnya
Tidak gigih lagi ia hidup separuh nyawa
Tamatkan semua kejam hakikat duniawi ini...

No comments:

Post a Comment