♔ The Gojes Gomez ツ

My photo
24 years old girl who had gained quite much and lost quite a lot. Life goes on but feelings are so subjective so hell yeah! 😅

Mereka kritik, saya kritik balik :)

This is from Utusan Malaysia dated 17th May 2011.
I would like to highlight the 'pengkritik' punya comment of "Di mana nilai keMelayuannya filem ini? Sudahlah pelakon utamanya bukan Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris lebih banyak dari bahasa Melayu dalam filem ini"

Okayokay uncle pengkritik, cool down! What's up with di mana nilai kemelayuannya filem ini? Have you studied the history of merong Mahawangsa? His religion before was Hindu (I'm not so sure whether later on he'd convert to Islam or not) Okay, ini adalah karya warisan sejarah purba Melayu. Tapi, dengan jalan cerita yang bersangkutan dengan kerajaan China dan kerajaan Rom, haruskah kita terus terusan berharap seluruh jalan cerita digarap dengan penuh nilai kemelayuan?

In addition, KRU actually had retitled the film internationally as "The Malay Chronicles: Bloodlines". Tadaa, seems like there's a plan of making this film goes international! Uhuh, and if this happens, uncle whoever-you-are-yang-kritik tu, Do you know that it would be easier for the audience to understand this movie? By the way, Yusry tak adalah sampai mengabaikan penggunaan bahasa melayu dalam filem tu. I still remembered the line 'Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama'. Haa, see? Agak tinggi nilai kemelayuan dalam ayat itu ya uncle kan? 


Okay, saya faham, you were just mengkritik. Tapi nampak tak? Hikayat Merong Mahawangsa is a world class film! It is an international film! Kalau sekadar isu bahasa melayu lah yang hendak tuan hamba gembar gemburkan, kenapa tidak diambil contoh cerita sampah seperti Bohsia dan Remp-It? Itu pun, kenapa dipanggil filem Melayu lah? Jika bahasa Melayunya pun begitu layuLAH? Sekurangnya, HMM menekankan penggunaan bahasa melayu purba yang baku sebutannya, jelas, tiada bahasa rojak. Selain itu, uncle juga turut membebel tentang pelakon utamanya pun bukan Melayu. Aduhai uncle! Mengapa begitu jadinya? Tiada isu lainkah hendak dibangkitkan?


Kalau ditilik, ditelah dalam dalam, ini seperti berbaur pandang rendah terhadap kaum lain.Tapi anda silap, pakcik pengkritik, nak tahu kenapa? Lihat sahajalah lakonan Stephen Rahman Hughes, walaupun bukan Melayu jati, setiap sebutannya jelas. Saya juga faham apa nilai yang ada pada Stephen hingga dipilih Yusry menjadi teraju utamanya. Lihat sajalah, fizikalnya persis seorang wira. Dia malah boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Bahasa Cina dan bahasa lain yang dituturkan juga, tidak kurang hebatnya. Perlu diingat wahai pengkritik, Merong Mahawangsa juga susur galur keturunannya, dikatakan waris Iskandar Zulkarnain. Maka haruslah wajah yang tidak begitu asli Melayunya digunakan. Pemilihan Stephen sebagai pelakon utama, tiada celanya melainkan memang sesuai sekali :)


Malah anda mengkritik seolah olah filem ini hanya bersandar pada teknik CGI yang bagus? Saya rasa, seluruh idea bersangkutan filem ini adalah BAGUS. Jalan ceritanya tidak meleret. Setiap saat, ada nilai dan isu baru pada setiap babak. Cerita ini padat dengan jalan ceritanya. Teknik plot disusun kemas, penonton tidak sempat untuk menguap, kerana setiap babak ada kejutan. Pengakhiran yang tidak cliche dan paling penting, bukan mudah untuk menghasilkan filem berpaksikan sejarah purba seperti ini. Kebannyakan penerbit filem sekarang lebih gemar menerbitkan filem yang tidak-perlu-terlalu-banyak-berfikir-dan-buat research. Jadi, KRU telah membuktikan mereka berfikir lebih melangkaui pengeluar filem yang cliche.


Okay, kritikan tidak salah. Tapi yang saya panas tu uncle, awak kritik nak menjatuhkan. Bukan kritikan membina ni! Saya tak pernah merasa terpanggil untuk bela filem filem tempatan yang dibidas. Tapi kalau Hikayat Merong Mahawangsa, maaflah. Ini filem pertama yang buat saya bangga, teruja, terdiam menyaksikannya. Sikit pun takmau mintak duit balik dari GSC Dataran Pahlawan tu tau :) 
Anyway, good job Yusry and KRU team! You had set another higher level of film quality in Malaysia. Malaysia should start producing more films like this, I mean jalan cerita, kualiti cerita of the film and stop producing one like Bohsia or V3 samseng jalanan. These films are making the Malaysian teenagers' social problems too transparent. We should produce more films that could actually help to build the proud feeling of being a Malaysian, and with more moral values for the future generations. Not those yang menggalakkan gejala buruk tu lagi. 


p/s : These are my personal review on the critics. For those yang tak setuju with my opinion, you may leave your comments and I'll accept any correction with an open hand. Well siapa yang nak trash me for this idea of mine, diam jela. I'm not gonna entertain you. Everybody has the right to stand up for their beliefs. Macam this uncle yang mengkritik ikut suka hati dia tu? Yakin yakin je masuk newspaper dengan krtikan macam tu. Dia ada idea tak berapa banyak Porsche yang the KRU Siblings tu boleh beli dengan kutipan filem ni haritu? OPPSS! :)

No comments:

Post a Comment