kau pandai, kata itu kata ini
kau bijak, cerita itu cerita ini
kau lupa, semua itu DIA yang bagi
kau lupa, bila di atas, kau letak lain di bawah kaki
bangun manusia, sedar !
hebatmu bukan selamanya,
gagahmu bukan kau yang paling berkuasa,
kacak cantik manismu bukan kau punya selamanya,
limpah ruah hartamu bisa hilang sekejap cuma
riakmu,
banggamu,
dabik dadamu,
selagi kau mahu
Tiba masa jatuhmu,
jangan lupa, semua bukan milikmu lagi
No comments:
Post a Comment