Pernah kau melangkah ?
Pernah derapan kakimu
Pantas membarisi anak-anak kecil
Tercangkung sepi di bahu jalan
Tulang temulang terbaris jelas kelihatan di dada
Tangan itu
Ya, tangan kecil itu
Harusnya mendakap pensel
Mencengkam boneka
Bukan menadah di bahu jalan
Namun nasib mereka
Ya, bukan aku penentunya
Paling hebat bisa ku buat
Ya, hanya menghulur semampu diri
Serta doa 'Tuhan kau pelihara anak kecil ini'
Adik maaf ku tak punya kuasa selain simpati
Adik maaf ku bukan dihantar untuk mengubah nasibmu
Adik maaf ku hanya mampu melontar senyum
Adik senyumlah
Kerana aku yakin kau mampu hadapinya
p/s : ditulis bagi sisi anak-anak kecil di jalanan yang tiada tentu terbela nasib mereka
No comments:
Post a Comment