Aku faham
Situasi kau tak mudah, kawan
Tapi, itu bukan alasan
Untuk kau berdiam terus
Timbulkan tanda tanya..
Ini jauh dari keputusan betul,
Kerana lumrah manusia,
ditinggal dengan berjuta tanda tanya,
Maka berjuta juga panjang fikir sesat akalnya..
Mereka layak,
mereka patut,
Dapat keputusan mutlakmu
Dan kau, patut bahagia
Kau layak bahagia
Atas keputusanmu sendiri
Jangan biar akal dan hati pengaruh diri
Minta bantuan,
Petunjuk Illahi,
Aku juga di sini,
Walau hanya mampu mendengar dan menyokong diri :)
No comments:
Post a Comment